There was an error in this gadget

Saturday, June 11, 2011

Jika ku lebih mengerti

Pantas sungguh masa berlalu. Jika ku mengerti.

Bismillahirrahmanirrahim.

Kehidupan manusia umumnya mengalami lima fasa perjalanan kehidupan:
alam azali (sewaktu masih berupa roh),  alam rahim (ketika berada dalam kandungan ibunya), alam dunia, alam barzakh (alam kubur), dan alam akhirat yang kekal abadi.

ALAM RAHIM

Ini adalah sebuah cerita dua adik-beradik kembar. 

Di dalam rahim ibunya, kedua-dua beradik ini membesar bersama.
Saban hari, kembar ini semakin membesar. Ditakdirkan Allah, salah satu dilahirkan cacat. Tiada tangan dan kaki. Dan kembarnya satu lagi Alhamdulillah cukup sifat. 

Kembar OKU-  Kenapa kau mempunyai bahagian tubuh ini dan itu( tangan, kaki). Tidakkah kau  merasakan tempat kita ini(rahim ibu) semakin sempit. Aku tidak merasakan manfaatnya. Lebih baik sepertiku, tanpa anggota itu.

Kembar sihat- Oh ya juga. Saban hari tempat ini semakin sempit kerana kita semakin membesar. Tambahan pula anggota-anggota di badan ku ini. Namun ak merasakan  suatu hari nanti pasti ia akan memberi manfaat kepadaku. 

Kembar OKU – Tapi, tidakkah kau rasa keperluan kita sudah dicukupkan disini (melalui tali pusat). Aku merasa senang dengan keadaan ku. 

Akhirnya, kedua-dua kembar ini dilahirkan ke dunia. Satu dilahirkan cukup sifat dan kembarnya cacat. Maka, kembar yang sihat mengalami kehidupan yang normal, manakala yang cacat, menjalani kehidupan yang lebih mencabar. Ketika itulah kembar cacat itu merasakan kepentingan tangan dan kaki itu.


KEHIDUPAN DI DUNIA

Nabi bersabda yang bermaksud: "Umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, sedikit yang melampaui itu." (Hadis Riwayat Tirmizi). 

Nabi Muhammad sendiri wafat ketika usia baginda 63 tahun.

INGATLAH usia umat akhir zaman terlalu singkat. KEHIDUPAN manusia di dunia ciptaan Allah bersifat sementara, “YET CRUCIAL” .

Memang sudah lumrah makhluk bernama manusia,lupa untuk mentaati perintah Allah. Dalam kamus Arab sendiri, kata akar bagi kalimat “insan” ialah “nasia” yang bermaksud lupa. Sedangkan sesetengah perkara yang dilihat setiap hari juga kita lupa. E.g- kunci rumah etc, etc, pelajaran yang baru diulangkaji, inikan pula kebesaran Allah dan perkara-perkara ghaib yang kurang dipercakapkan.

Syurga, Neraka, Mizan, Pahala, Dosa, Malaikat etc. 

Percakapan iman- MasyaAllah; TabarakAllah ; Allah yang memberi kenyang ; Allah yang memberiku faham ; Alhamdulillah cantiknya air terjun ciptaan Allah ; Allah bagi sihat,sewaktu memakan ubat,

Percakapan membesarkan ghairullah(selain Allah) – kenyang dapat makan nasi lemak ; Mudah je aku nak faham ni ; Cantik air terjun ni, bole wat taman rekreasi(kebesaran wang) ; Panadol menghilangkan sakit kepala.

HIJAB BELUM DIBUKA

Kita masih tidak dapat melihat akan ganjaran amal maaruf yang dilakukan dan bertaubat dengan dosa-dosa yang dilakukan. Hari ini kita dapat melihat manfaat wang, harta, kerajaan,pangkat dan sebagainya.

Tapi kita mungkin lupa bagaimana fadhilat sembahyang kita, Muamalat , muasyarat dan sebagainya. Hanya kesibukan permasalahan harian sahaja menjadi kerunsingan, tanpa memikirkan atau bermuhasabah adakah kehidupan kita menuruti tuntutan syariat islam. 

‘Currency’ di dunia ialah ‘wang’, manakala ‘currency’ akhirat ialah IMAN. Allah meletakkan kejayaan manusia hanyalah dalam membawa agama yang sempurna dalam kehidupan, iaitu sejauh mana kita mentaati perintah Allah dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.

NANTI DI ALAM KUBUR……

Di alam kubur, maka kita akan dapat melihat amalan agama yang akan memberi manfaat. Sebagai contoh, bacaan al-quran yang akan menjadi lelaki kacak yang akan menjadi teman di kubur, bacaan al-mulk akan menhindarkan kita dari azab kubur dan banyak lagi. 

Abu Said Al-Khudri menceritakan, Rasulullah pernah datang ke masjid dan melihat beberapa org sedang melakukan suatu perkara. Lalu Rasulullah berkata:

Sekiranya kamu banyak mengingati perosak kelazatan, sudah tentu kamu tidak akan sibuk melakukan perkara seperti ini. Oleh itu, banyakkan mengingati perosak kelazatan, iaitu kematian.

Kubur sentiasa berkata, “Aku adalah rumah terasing, aku adalah rumah sendiriran, aku adalah rumah tanah, aku adalah rumah ulat-ulat”

Sekiranya seorg hamba yang beriman dikuburkan, kubur berkata, “Selamat datang. Kau adalah org yang berjalan di atas belakangku yang aku paling suka. Hari ini, kau diserahkan kepadaku untuk diuruskan. Kau akan melihat apa yang aku lakukan kepadamu”

Lalu kubur itu menjadi lapang seluas mata memandang, lalu dibukakan pintu untuk dia pergi ke syurga.

Sekiranya seorg hamba yang jahat atau kafir dikuburkan, lalu kubur berkata, “Aku tidak mengalu-alukan kedatanganmu. Kau adalah hamba yang berjalan di atas belakangku yang aku paling benci. Hari ini, aku diberikan tugas untuk menguruskan kamu. Kau akan melihat apa yang aku lakukan kepadamu”

Lalu sisi kubur pun menghimpitkannya sehingga tulang-tulangnya hancur.

Setelah itu, Rasulullah memasukkan jari jemarinya di antara jari jemari tangan yang satu lagi, lalu berkata:

“Didatangkan kepadanya 70 ekor ular. Sekiranya seekor ular itu menyemburkan racunnya ke bumi, tiada tumbuhan yang dapat tumbuh di atasnya. Lalu ular itu mematuknya sehingga dibawa untuk dihisab”

Rasulullah kemudian menyambung:

“Kubur itu boleh menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga, atau menjadi sebuah lubang daripada lubang-lubang neraka”

 Tuntasnya,
Seperti mana bayi OKU, 
menganggap tangan dan kaki tiada manfaat di di rahim ibu, 

begitulah kehidupan kita di dunia ini yang mungkin kurang mementingkan amalan agama yang sempurna tanpa mensyirikkan Allah untuk dibawa dalam kehidupan. Yang kita lihat hanyalah manfaat duniawi, seperti pendapat bayi OKU tentang tali pusat yang menjadi sumber keperluannya.

Fadhilat amalan agama dan yang lebih utama, keredhaan oleh Allah s.w.t masih kita tidak nampak, sama seperti keadaan bayi OKU yang masih tidak dibuka hijab di rahim ibunya untuk melihat akan kegunaan tangan dan kaki

Guys, life in barzakh is only the beginning!!!!! We just enter our real life, there are still more stages. Lets ponder upon it. 

Wallahu’alam

1 comment:

  1. Satu hari pasti dan pasti kita akan tinggalkan tempat tinggal kita ini.
    Tak kira di dalam perut, di atas bumi, di dalam kubur.
    Selamat hari raya maaf zaher batin.

    ReplyDelete