There was an error in this gadget

Friday, November 11, 2011

IMAN ADALAH MUTIARA



Assalamualaikum WBT
Daripada munib al-azdi r.a meriwayatkan, “Sewaktu saya dalam keadaan jahiliyah, saya melihat Rasulullah s.a.w menyeru; “Wahai manusia, ucaplah La ilaha illallah, nescaya kamu akan berjaya”. Saya melihat salah seorang dari mereka meludah ke muka baginda. dan ada yang melemparkan debu kepadanya, sementara yang lain mencaci-maki baginda. Perlakuan ini berlanjutan sehingga ke tengah-hari. Maka datanglah seorang gadis kecil membawa pinggan yang berisi air, lalu ia mencuci wajah dan tangan baginda yang mulia. Dan Rasulullah s.a.w bersabda. “Wahai puteriku, janganlah kamu takut kalau bapamu terbunuh secara tiba-tiba, atau ada sesuatu yang menghinakan. Saya menanyakan siapakah gadis kecil itu? Orang mengatakan bahawa itu ialah Zainab binti Rasulullah s.a.w, beliau seorang gadis kecil yang cantik. (hadith riwayat thabarani dan Majma’ al-Zawaid:18/6).
Perkara agama sentiasa menjadi kerisauan para anbiya. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi maksud hidyah.
Tujuan pengutusan nabi demi nabi, rasul demi rasul adalah untuk mengenalkan manusia kepada Penciptanya . Nabi Muhammad SAW didatangkan untuk mengembalikan seluruh manusia supaya patuh dan memperhambakan diri hanya kepada Allah SWT dan seterusnya mengukuhkan kedudukan syari’at Allah SWT di muka bumi supaya benar-benar berfungsi dalam mengatur kehidupan manusia.
Di dalam al-quran menceritakan bagaimana para nabi amat mementingkan kepentingan agama yang sempurna diamalkan dalam kehidupan.
“Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)".                                                                        (al- baqarah : 132-133)

Dan dalam surah lukman, bagaikmana lukman menasihati anaknya agar tidak mensyirikkan Allah s.w.t dan perkara2 lain.
Dengan mengusahakan kalimah lailahaillallah ini, baginda rasulullah s.a.w telah  memusnahkan berhala-berhala di hati-hati para sahabat. Perkara imanlah yang ditekankan oleh rasulullah s.a.w. Apabila iman bersemayam di dalam hati , maka ia  akan terus menjelmakan kesannya dalam bentuk amal perbuatan yang hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT. Manusia cinta dan taat kepada Allah SWT. Manusia akan tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah SWT.
CINTA akan menagih segalanya dari pencintanya.

Zaman sahabat banyak menceritakan tentang ketakwaan mereka kepada Allah.
Abdullah bin Zubair merupakan anak pertama kali lahir di Madinah dari kalangan kaum Muhajirin. Ayahnya bernama Zubair bin Awwam dan ibunya, Asma binti Abu Bakar Siddiq.  
Cucu Abu bakar as-siddiq ini ketika kecil pernah diramalkan oleh Umar ibn Khattab akan menjadi seorang pembantu agama Allah yang besar. Cerita ini bermula ketika Umar sedang berjalan-jalan di kota Madinah. ketika itu banyak anak kecil yang sedang bermain di jalan, namun ketika mereka melihat Umar, mereka lari tunggang langgang meninggalkan jalanan tersebut dan hanya satu anak yang tidak lari. Umar lalu mendekati anak tersebut dan bertanya, " Hai anak, kenapa kau tidak ikut lari bersama mereka ? " lalu anak kecil itu menjawab, " Kenapa aku harus lari, sedang aku tidak bersalah padamu ya Amirul mukminin.." Umar lalu menepuk-nepuk pundak anak itu,dan berkata " Sungguh suatu saat nanti, engkau akan menjadi seorang yang besar "

Sedangkan Syaitan takut pada bayangan Umar. Kerana itu setiap kali Umar melintasi suatu lorong, pasti syaitan memilih lorong lainnya. Namun Abdullah tidak sedikit pun terkesan. Inilah hasil daripada penerapan suasana iman yang diberikan kepada para sahabat. Di rumah-rumah mereka, ibu-bapa sentiasa menceritakan tentang kebesaran Allah. Perkara selain daripada Allah tidak boleh memberi sebarang mudarat atau manfaat tanpa izin Allah.
Hanya Allah sahaja ‘mutafarriq’, bermakna hanya Allah yang berkuasa untuk
memberikan manfaat atau mudarat.

Firman Allah SWT:
“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
(Al-An’am: 17)
Dengan sifat-sifat Allah tersebut, maka timbullah kesan tauhid kepada seseorang. Manusia hanya takut dan mencintai Allah, dan berani untuk bertindak melakukan sesuatu kerana keyakinannya kepada Allah.

Perkara ini 180  ̊berbeza dengan tarbiyah kita sehari-hari. Kita lebih takutkan selain daripada Allah. Hari ini anak-anak kecil ditakutkan dengan perkara lain
  • ·         “Jangan main sane. ad cicak gigit nant, ayot-ayot..
  • ·         Mainla, mainla, nant kene tangkap dengan benggali nanti
  • ·         ha ha. Ad Hannnnntuuuuuuuuuuuuu
  • ·         exam, gulp.. mati la
Dan kita ditakut-takutkan, dirisau-risaukan  dengan perkara selain Allah. Kemiskinan, kelaparan, pangkat, darjat, harta dan sebagainya.
Akidah umat islam telah rosak. Keyakinan dan ketakutan kepada Allah tidak ditekankan.
Punca vs symptom
Penyakit iman lemah lah merupakan masalah utama umat hari ini. Masalah social, tidak menutup aurat, tidak sembahyang dan permasalahan lain adalah kerana iman lemah, bukanlah kerana mereka tidak tahu.
Hari ini manusia tidak mengenal dan mencintai Allah. Apabila umat islam dapat mengamalkan agama yang sempurna dalam kehidupan, seperti zaman para umat terdahulu, maka bantuan Allah akan datang daripada khazanahnya. Keyakinan kita bukanlah sama seperti manusia beragama lain, dengan meningkatkan ekonomi, politik dan sebagainya. Tapi dengan bagaimana umat islam amal agama, Allah akan mudahkan urusan kita.  

Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.    (Surah al-Ankabut:41)

Apabila keyakinan kita selain dari Allah, maka tidak ada bantuan Allah dalam apa yang dilakukan, dan Allah menyerahkan pergantungan kita kepada perkara itu. Yakin dimana kitalah yang memberi kepandaian kepada diri kita ketika peperiksaan, sehingga tidak sempat atau manangguhkan sembahyang, maka tiada bantuan Allah mengikuti kita.

Akibat kelemahan iman, kita sanggup bakar akhirat kita yang kekal abadi demi kesenangan kecil yang sementara. Berapa ramai yang tidak sembahyang, contohnya solat subuh dimana suatu hari nant kita akan diseksa di neraka untuk masa yang sangat lama hanya untuk meninggalkan bantal di tempat tidur. Berapa ramai yang meruntuhkan agama berbanding yang membinanya.  

Daripada Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Seandainya manusia mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara mengundi di antara mereka, sudah tentu mereka mahu mengundi. Seandainya mereka mengetahui kelebihan takbir iaitu menyegerakan solat, sudah pasti mereka akan berlumba-lumba mendapatkannya dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam solat Isyak dan solat Subuh, sudah tentu mereka akan mendatanginya meskipun secara merangkak". (Imam Muslim)

This is all merely because of weak iman. We are saying about changing the world while our faith and deeds are so different with what Allah wants!!!
Wallahua’lam