Thursday, November 4, 2010

Ashabul Kahfi bukti kekuasaan dan penyayangaNya Allah S.W.T



Dalam surah al-Kahfi (surah yang digalakkan untuk dibaca pada malam jumaat tu) ada menceritakan sebuah kisah menarik tentang segolongan pemuda bangsawan yang telah ditidurkan Allah s.w.t didalam sebuah gua. Berapa lama agaknya??? Ha, Allah telah tidurkan mereka selama lebih kurang 309 tahun lamanya. Jadi apekah yang menariknya tentang mereka ni. 

Kisah Bermula,kekufuran yang berlaku. 

Al-kisah, Di sebuah negara bernama Upsus, sudah menjadi kelaziman apabila  merayakan suatu keramaian, penduduknya sibuk menghiasi berhala-berhala dan patung- patung, lalu mereka berdiri disekitar patung-patung itu dengan riang gembira, sambil memuja-muja dan menyembahnya, bahkan memberikan korban-korban yang berharga kepada patung-patung dan berhala-berhala itu. Dalam keriuhan itu, terdapat pemuda yang tidak senang hati dengan perangai kaumnya dan telah mengasingkan diri. Dan kemudian,Allah telah ketemukan beberapa pemuda lain, dimana mereka  tidak saling kenal-mengenali antara satu sama lain, turut mengalami perkara sama dan diberi taufik dan ilham oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sehingga mereka beriman dan mengenal Rabb mereka.

Lari dari kezaliman raja 

Kisah pemuda-pemuda yang tidak menyembah berhala ini tersebar, dan Raja kerajaan Upsus bertindak mahu mengenakan tindakan yang berat kepada  mereka. Menyedari perkara ni,maka pemuda-pemuda ini  bersiap menyediakan bekalannya masing- masing, lalu berangkat meninggalkan kampung halaman dan keluarga masing - masing, menuju ke gunung yang jauh letaknya, ke gua sempit di tengah hutan. Mereka pergi tanpa senjata dan pengawal. Di tengah jalan mereka disusul oleh seekor anjing kepunyaan salah seorang di antara mereka. Anjing inilah yang menjadi penunjuk jalan.

§        [  al-kahfi- 10] "(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka  berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".

§       [ 11] "Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya".

§        Sambungan ayat [16] "Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari RahmatNya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".

§       [17] "Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya".

§       [18] "Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah); sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka".

SubhanAllah, hebatnya Allah S.W.T!!!! Lihatlah, bagaimana golongan pemuda ini telah diselamatkan daripada pemerintah yang zalim yang ingin merosakkan keimanan mereka. Allah S.W.T boleh melakukan sesuatu dengan kehendaknya. Golongan pemuda ini masih hidup setelah 309 tahun tanpa menjadi tua sedikitpun berserta tanpa makan dan minum. Pelbagai pengajaran dapat dipelajari daripada kisah ini, namun apa yang ingin diketengahkan ialah ar-Rahimnya( Maha Penyayang) Allah S.W.T dengan hamba-hambanya. Bagaimana satu kumpulan pemuda yang ingin menyelamatkan iman mereka telah diberi layanan istimewa bagi menunjukkan kebesaranNya. 
  
      13] "Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah dan petunjuk".

itu baru hanya orang yang ingin menyelamatkan iman mereka, dan telah pergi jauh dari bangsa mereka telah dilayan baik oleh Allah. Jadi bagaimana pula dengan golongan manusia yang Allah kurniakan hidayah kepeda mereka untuk  menggunakan diri dan harta mereka untuk menegakkan agama, dimana asbab diri mereka, Allah kurniakan hidayah kepada manusia yang lain. 

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka… At-taubah-111

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (As-Saff 61:10)"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (As-Saff 61:11)

wallahua'lam.                                                              

Thursday, October 28, 2010

Rasulullah SAW





Rasulullah Saw. Bersabda “Barang siapa yang menghidupkan Sunnahku berarti dia cinta kepadaku dan  barangsiapa yang cinta kepadaku, maka ia akan bersamaku di dalam syurga.” (Hr. As Sajzi dari Anas
 “ tidak sempurna iman seseorang diantara kamu sehingga ia lebih mencintai aku daripada keluarganya, hartanya dan seluruh manusia.(Hr. Muslim dan Nasa’i)
Pengorbanan rasulullah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dan juga keluarga baginda, para sahabat baginda. Untuk agama, Allah S.W.T telah mengorbankan kekasihnya dalamn usha mengajak manusia kepada keimanan yang sebenar, iaitu beriman kepada Allah S.W.T . Agama ditegak dengan pengorbanan, kepayahan, tekad dan air mata. Seorang yang digelar al amin oleh masyarakat quraisy kerana perkataan dan perbuatannya, namun kerana penyebaran islam, baginda dipanggil orang gila dan ahli sihir. Pelbagai susah payah diharungi; Tentangan daripada masyarakat musrikin quraisy,  termasuklah daripada ahli keluarganya sendiri, abu jahal dan abu lahab, pelbagai peprangan fisabilillah, perjalanan dakwah baginda dan banyak lagi. Semua ini dilakukan kerana kasih baginda kepada kita, ummatnya dimana fikir baginda bagaimana setiap manusia mendapat kalimah LAILAHAILLALLAH sehingga bayi yang terakhir sebelum kiamat.
Kasih Sayang baginda
Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya, "Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya." (riwayat al-Darimi).

seseungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.                                                                At-taubah- 128

Malah Rasulullah pernah bersabda: Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Nabi SAW juga mengambil berat tentang keadaan umatnya dan sentiasa mendoakan mereka. Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata: Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, "Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya." Rasulullah SAW pun mendoakan, "Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang." Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Adakah doa saya menggembirakan kamu?" Aisyah menjawab, "Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?" Rasulullah SAW bersabda, "Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat."

Rasulullah SAW juga menyimpan doa mustajabnya untuk dijadikan sebagai syafaat bagi umatnya pada hari yang paling penting dan sukar iaitu Hari Kiamat. Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda: Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat. (riwayat Muslim dalam kitab al Iman)

Para sahabat adalah orang yang paling hebat kecintaannya terhadap Baginda SAW, maka mereka adalah orang yang paling sempurna ikutannya terhadap sunah Baginda. Bagi mereka, melaksanakan perintah Baginda SAW merupakan suatu kebahagiaan yang tidak mengenal erti jemu, lemah dan malas.
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Baginda bersabda yang maksudnya, "Bertuahlah sesiapa yang melihatku dan beriman padaku." Mendengarkan akan sabdaan ini, maka golongan sahabatlah Rasulullah sangat beruntung dimana  kita umatnya yang tidak sempat melihat rasulullah pasti sedih dan terkilan kerana tidak turut terangkum dalam sabdaannya itu. Tetapi alangkahnya terhibur hati kita apabila mendengar Rasulullah menyambung lagi sabdanya dengan bersemangat, "Bertuahlah, dan bertuahlah, dan bertuahlah, sesiapa yang tidak melihatku dan beriman padaku."
Beginilah kasih saying rasulullah kepada kita, namun kita kini kurang menghayati dan mengasihi akan rasulullah, dimana kita dihanyutkan oleh pelbagai perkara lain yang sia-sia. Tidak sepertimana rasulullah yang sentiasa memikirkan akan umatnya sehinggalah baginda berdepan dengan sakaratul maut, dimana baginda  masih menyebut “Ummati, ummati, ummati (umatku, umatku, umatku)”

Kini, idola kita bukanlah rasulullah. Namun………. The truth even non-muslim lebih menyanjung Rasulullah
 (MUHAMMAD- IN THE EYES OF NON MUSLIMS)----diambil dari slide MR Shah Kirit bin Kakulal Govindji, Islamic Information & Services Foundation