Friday, March 4, 2011

Perkahwinan satu ibadah




Bismillahirrahmanirrahim… 

Arini sy tuliskan satu perkara yang 'light' sket, tp perkara yang penting, penuh dengan tanggungjawab apabila didirikan. ni topik hangat yang slalu  dicakp2kan oleh rakan taulan sy skang nie,termasuk la diri sendiri..sebab ad kawan yg bakal kawin dalm time ktorang sume dalm zaman study.. cemburu2.   erm tp  sronok juge cite2 bab2 kawin nie.
 
Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amru ra. bahawa baginda Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah wanita solehah". (Hadith ini adalah hadith sahih riwayat Muslim No. 1467 dan Nasaie, Ibn Majah dan Ibn Hibban serta lain-lain).
 
Runsing!! Sepi!! Seperti yang lain, aku juga turut mahu teman bicara jiwa yang lara ini!! Pembakar semangat ketika suka dan duka!! Oh jiwaku meronta mencari teman? Aku pun mahu bercinta

Namun sejauh manakah aku meletakkan akal dan kemahuan  di atas neraca keimanan di tengah kegelisahan? Aku takut.... Aku

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.
 
Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.” Hadis Sahih Muslim

Semuanaya nampak indah dalam percintaan. Apakah tanda cinta? 

Selagi AKAD belum diucapi, MAHAR belum menjadi bukti,  Selagi itu CINTA hanya sekadar janji.


I'll paint the truth
Show how I feel
Try to make you completely real
I'll use a brush so light and fine
To draw you close and make you mine

I'll draw the years all passing by
So much to learn so much to try

And with this ring our lives will start
Swearing that we'll never part
I offer what you cannot buy
Devoted love until we die       -
lagu omputih(lagha), bukan al-quran or hadis ea!!

Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW dimana ia merupakan suatu ibadah serta salah satu cara mendekatkan diri kepada-Nya tanpa menjadi adat semata-mata jika dilakukan mengikut cara baginda.  

Islam melihat perkahwinan sebagai salah satu daripada fitrah manusia. Hukum alam menyaksikan setiap perkara datang berpasang-pasang, begitulah  juga setiap manusia perlukan teman hidup yang dapat mententeramkan jiwa dan berkongsi suka dan duka.

“ Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu berasa cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara rasa kasih (mawaddah) dan sayang(rahmah). Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar-Rum: 21)

Islam menekankan kepentingan institusi perkahwinan dalam menjaga dan melahirkan nasab atau soleh dan solehah, di samping menyalurkan nafsu dan syahwat manusia ke jalan yang di halalkan oleh syarak.

Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasang-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?  (an-Nahl: 72).

Mudahnya kehidupan dalam beragama, bahkan hubungan kelamin di antara suami isteri juga mendapat ganjarannya.

 Sebuah hadis Rasulullah SAW bermaksud:
"Dan pada kemaluan seseorang dari kalian terdapat sedekah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwat (kepada isterinya) memperolehi pahala? Rasulullah SAW bertanya: Apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwatnya dengan cara yang haram (berzina) ia berdosa? Mereka menjawab: Betul. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Demikian juga jika ia menyalurkan pada tempat yang halal maka ia akan memperolehi pahala."
(Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad).

Kawan 1 : hang ni, bila mau kawin?

Kawan 2 : Calon I’Allah da ad dah syeikh. Da ditetapkan da. Dok tunggu masa la ni. X sampai seru ja lg .

Rezeki, jodoh, kelahiran dan  maut adalah perkara yang sudah ditentukan Allah. Dakwat sudah kering dah di luh mahfuz. Iman perkara yang belum pasti

Jadi nak menunggu aje ke?

Daripada kita disibukkan dalam bercinta yang tidak pasti,  lebih baik kita berdoa memohon kepada Allah SWT dan berusaha  menjadiakn diri kita insan beriman dan dipertemukan jodoh yang terbaik untuk diri dan agama. Kemudian, usahakan diri supaya dapat jadi pasangan yang terbaik untuk jodoh kita yang akan tiba suatu hari nanti, dan mempersiapkan diri dengan ilmu agama serta kekeluargaan seterusnya bertawakal kepada Allah SWT. Selagi mana kita dapat jaga agama dalam diri, Allah SWT akan buka jalan mempertemukan pasangan yang baik untuk kita.


Rasulullah SAW ada bersabda: “Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri…” (Muttafaq ‘Alaih).

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi Muhammad s.a.w., Baginda s.a.w bersabda: “ Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu akan bahagia.”
Shahih Bukhari & Muslim


Kepada kaum adam, bagaimana mahu mendapat isteri yang beragama? maka kenalah kita juga cuba  mengamalkan  agama yang sempurna dalam kehidupan. Lelakilah yang memainkan peranan penting kerana jika lelaki yang menundukkan pandangan terlebih dahulu, bahkan lagi wanita.

Wallahua’lam

4 comments:

  1. very nice zamir! dapat dari mana nih,cam biasa je ayat...

    ReplyDelete
  2. p/s:jemput share pandangan tuan berkaitan artikel terbaru...di blog sy..

    ReplyDelete
  3. zamir, pe kabar skrg? pe kabar iman?

    ReplyDelete
  4. ak rse da reply da kt sini, tp asal x kuar lak komen..

    izmer- weh izmer, mestila authentic kerja olahan semula sendiri, kalo x, x brani letak sini hehe.. Plagiarism.. kalo x, mest nk kene kc reference blk,sian keje orang len.. btw, Jzk izmer kc nusrah.. really appreaciate hehe

    Anak Pendang Sekeluarga- MasyaAllah jzk sedia ziarah di sini.. sy memg suke drop di blog anta, Alhamdulillah byk yg dipelajari..

    wae- WAE, soalan ni, kalo time kte kuar n9 ri2, amir sab kate sket lagi da nak cm sahabat.. serious ak byk nak sembg ngan ko.. kalo ad blk msia, mest roger ak k

    ReplyDelete